Anak cari bapa lebih seminggu tidak pulang - Utusan Malaysia

Anak cari bapa lebih seminggu tidak pulang

NOORSAM Mairan (kiri) dan adiknya, Norlaini menunjukkan gambar bapa mereka, Mairan Basir yang tidak pulang selepas keluar rumah pada 23 Julai lalu di Kampung Rancangan Pinggir, Kilometer 24, Jalan Bidor, Kampung Air Hitam di Teluk Intan. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang lelaki warga emas dari Kampung Rancangan Pinggir, Kilometer 24, Jalan Bidor, Kampung Air Hitam di sini tidak pulang selepas keluarke kedai pada 23 Julai lalu.

Mairan Basir, 66, kali terakhir dilihat  penduduk berada di sebuah kedai kopi tidak jauh dari rumahnya pada pukul 4 petang hari yang sama. 

Anak sulung lelaki itu, Noorsam Mairan, 42, berkata, dia semakin bimbang kerana lebih seminggu bapanya tidak pulang.

Sebelum ini, bapanya tidak pernah hilang atau tidak pulang walaupun mengalami masalah kesihatan.

“Biasanya walaupun bapa keluar rumah untuk minum di kedai, dia tetap pulang. Bapa mengalami masalah tidak boleh bertutur dengan betul sejak lebih setahun dan juga cepat lupa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, selepas dilaporkan hilang, orang kampung turut membantu  mencari dengan pelbagai cara termasuk di kawasan kebun sawit dan hebahan dalam media sosial.

Dia juga telah menghubungi saudara-maranya untuk bertanyakan jika bapanya ada bersama mereka namun sehingga kini masih gagal ditemukan.

“Ada penduduk kampung memberitahu mereka ada melihat bapa di kedai kopi yang tidak jauh dari rumah dan ketika itu bapa membawa topi keledar  yang diletakkan dalam bakul motosikal,” katanya.

Noorsam berkata, laporan polis sudah dibuat pada 24 Julai lalu iaitu 24 jam selepas bapanya tidak pulang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menemukan bapanya diminta menghubunginya di nombor telefon  011-33507158.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya