Ahmad Zahid gesa keperluan RUU Pembiayaan Politik

Ahmad Zahid gesa keperluan RUU Pembiayaan Politik, elak ada kambing hitam

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa keperluan Rang Undang-Undang (RUU) Pembiayaan Politik di negara ini bagi mengelakkan mana-mana pihak menjadi mangsa teraniaya. 

Beliau berkata, ini berikutan akta tersebut masih belum dibentangkan sehingga hampir berakhirnya sidang Dewan Rakyat. 

“Ketika pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak pernah dicadangkan undang-undang Pembiayaan Politik, namun apabila Barisan Nasional (BN) kalah ia tidak sempat dibentangkan. 

“Akibatnya apabila era pemerintahan Pakatan Harapan (PH), bukan sahaja RUU tersebut tak dibentangkan, malah pendakwaan terpilih berlaku dan berunsur politik.

“Yang menjadi mangsa ialah mereka dianggap musuh politik. Apabila saya enggan membubarkan UMNO, saya dan teman-teman pimpinan parti dijadikan kambing hitam dalam isu kes wang pembiayaan politik dan derma. Peliknya yang bersekutu dengan mereka tiada pula apa-apa pendakwarayaan hingga kini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam. 

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, pihaknya akan memastikan akta tersebut dibentangkan di Parlimen sekiranya BN menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti. 

Katanya, ia bagi memastikan tiada lagi pihak yang teraniaya dan dijadikan ‘kambing hitam’ dalam isu pembiayaan politik dan derma politik.

“Bak kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, individu yang memberikan dana politik tidak berasa khuatir, manakala penerima tidak dizalimi.

“Inilah jadi azam UMNO dan BN, janganlah putus asa dan teruskanlah bangkit. Masa akan tiba tidak lama lagi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya