PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Palestin, Waled Abu Ali semalam bagi memenuhi jemputan makan malam di kediaman rasminya bersama 13 uta negara Arab.
“Dalam ucapan saya telah menyentuh soal perjuangan dan sumbangan Malaysia dalam membebaskan Palestin dari kekejaman Zionis Israel dari dahulu hingga sekarang.
“Saya turut mencadangkan agar tindakan perlu dilakukan demi memastikan keberkesanan bantuan,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, ia boleh dilakukan dengan menyelaraskan bantuan antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan melalui Duta Besar Palestin.
“Harapan kita agar Palestin bebas dan tidak terus dizalimi lagi dengan berkat usaha berterusan kita semua, insya-Allah,” katanya. – UTUSAN