Warisan perkukuh kedudukan di kawasan Cina

Warisan perkukuh kedudukan di kawasan Cina

JUNZ Wong (duduk-dua, kiri) bersama ADUN dan ahli-ahli Warisan yang hadir dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) sedang mengatur gerak untuk mengukuhkan lagi kedudukan bagi menarik sokongan masyarakat Cina di negeri ini.

Menerusi Jawatankuasa Cina Negeri Sabah yang baharu ditubuhkan, parti itu akan terus mendekati dan membantu menyelesaikan isu-isu dihadapi masyarakat Cina.

Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong berkata, jawatankuasa itu akan menyokong peringkat bahagian agar dapat menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh masyarakat Cina.

Beliau berkata, sebelum ini, kawasan Cina bukan kekuatan Warisan kerana semasa bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), Warisan tidak banyak bergerak ke kawasan masyarakat Cina.

“Sekarang situasinya sudah berbeza kerana pucuk pimpinan parti telah mengarahkan kita untuk bergerak di setiap kawasan bagi memastikan kita jaga semua masyarakat di Sabah.

“Kawasan yang kita belum cukup kuat, sekarang kita akan perkukuhkan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Warisan, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru itu berkata, jawatankuasa itu akan masuk ke semua kawasan Cina tidak kira sama ada ia berada dalam kawasan mereka mahupun sebaliknya.

Menurut beliau, persoalan mereka akan bersaing dengan PH atau tidak, itu akan ditentukan oleh presiden parti. Sekiranya presiden mahu kerjasama semula dengan PH maka, jawatankuasa itu akan kekal membantu di kawasan Cina.

Walau bagaimanapun, beliau akan menunggu keputusan daripada Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengenai kerjasama atau gabungan yang akan diputuskan kelak bagi berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mengulas lanjut katanya, penerimaan masyarakat Cina terhadap Warisan juga amat baik kerana ia adalah parti berbilang kaum. Maka, menerusi program di bawah jawatankuasa itu, mereka akan membuka penyertaan untuk menjadi ahli Warisan.

Hadir sama ialah ADUN Karamunting, George Hiew; ADUN Tanjung Kapor, Ben Chong; ADUN Elopura Calvin Chong dan ADUN Sri Tanjung, Justin Wong.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya