USM tubuh jawatan kuasa khas kaji keputusan peperiksaan ijazah 

USM tubuh jawatan kuasa khas kaji keputusan peperiksaan ijazah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Sains Malaysia (USM) menubuhkan jawatan kuasa khas bagi menilai semula keputusan proses dan sistem peperiksaan  peringkat ijazah tinggi terutama dalam bidang Sains Perubatan.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, jawatan kuasa yang terdiri daripada pakar luar itu akan meneliti integriti proses dan sistem peperiksaan dilakukan ketika ini.

Katanya, penubuhan jawatan kuasa itu  ekoran aduan oleh calon program sarjana perubatan yang mendakwa ketidaktelusan sistem hingga menyebabkan ada yang gagal dalam pengajian.

“Universiti telah menyiasat perkara ini secara dalaman dan mendapati sistem peperiksaan pengajian itu selama ini dibuat dengan teliti, mematuhi prosedur yang ketat dan mendapat penglibatan pakar-pakar luar, bukan hanya seorang pensyarah.

“Selepas keputusan diumumkan, calon-calon dipanggil untuk diberi maklum balas mengenai komponen-komponen yang perlu diperbaiki jika ada.

“Namun, untuk menegakkan ketelusan dan menjaga nama baik universiti, kita menubuhkan pula jawatan kuasa luar ini untuk benar-benar memastikan sistem dan proses ini benar-benar utuh, berintegriti dan berkredibiliti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Faisal Rafiq berkata, langkah itu diambil  untuk meyakinkan semua pihak yang universiti sentiasa memastikan proses dan sistem peperiksaan memenuhi keperluan kepakaran dan profesionalisme dalam bidang berkaitan.

Katanya, jawatan kuasa khas itu akan memberi laporan dan maklum balas kepada universiti dalam masa terdekat. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya