PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menyifatkan tindakan beberapa pemimpin UMNO mengkritik ‘formula’ yang dibentangkannya berhubung krisis bekalan makanan tidak sedikit pun menggentarkannya. Sebaliknya, beliau menganggap pemimpin UMNO hanya tahu mengkritik dan tidak boleh menerima jalan penyelesaian yang diutarakannya. “Setiap kali saya bersuara, satu-satunya jawapan yang datang dari pimpinan UMNO ialah kononnya saya hanya tahu membentangkan formula-formula. Mereka memberi contoh bagaimana kononnya formula-formula ini tidak dapat dilaksanakan semasa Pakatan…










