Umat Islam jangan sertai Bon Odori - Idris - Utusan Malaysia

Umat Islam jangan sertai Bon Odori – Idris

IDRIS AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Umat Islam diingatkan supaya tidak menyertai sebarang aktiviti keagamaan yang tidak mempunyai kaitan dengan Islam terutama ‘Bon Odori’ yang berlangsung di Shah Alam, Sabtu ini.

Aktiviti tersebut adalah tradisi masyarakat Jepun beragama Budha mengandungi unsur pemujaan terhadap nenek moyang yang sudah meninggal dunia dan dalam masa sama mendoakan mereka tidak menderita selepas mati.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, perayaan yang diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam itu disahkan mempunyai unsur-unsur keagamaan dan bertentangan dengan Islam.

“Kajian dibuat oleh JAKIM, memang ada unsur-unsur keagamaan, kita nasihatkan kepada orang Islam tidak perlulah sertainya. Banyak lagi (aktiviti) lain yang kita boleh sertai.

“Kita harap kekeliruan ini tidak diwujudkan, di pihak JAKIM, kita menasihatkan orang Islam jangan sertai program-program sedemikian, bukan itu sahaja , tetapi apa-apa jua yang membabitkan soal agama, kita kena sayang dengan agama kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas merasmikan pecah tanah Kompleks Pendidikan Yayasan Pendidikan Islam Selangor di Sungai Panjang, hari ini.

Terdahulu, tular poster penganjuran perayaan Bon Odori dipercayai anjuran Kelab Jepun Kuala Lumpur, Sekolah Jepun Kuala Lumpur dan Kedutaan Besar Jepun di negara ini.

Program tersebut dikatakan mendapat kerjasama daripada pelbagai organisasi termasuk Tourism Selangor Sdn Bhd serta disokong oleh Kerajaan Negeri Selangor, Invest Selangor Berhad dan Perbadanan Stadium Malaysia. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya