Umat Islam di Jepun tidak pernah sambut Bon Odori - Utusan Malaysia

Umat Islam di Jepun tidak pernah sambut Bon Odori

UMAT Islam dinasihatkan mengelak daripada terlibat dengan Festival Bon Odori kerana dibimbangi boleh membawa kepada syirik. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Komuniti Muslim di Jepun termasuk golongan mualaf tidak pernah menyambut perayaan Bon Odori kerana sedar acara tahunan itu jelas bertentangan dengan akidah Islam.

Perkara itu didedahkan pendakwah mualaf terkenal, Firdaus Wong Wai Hung menerusi hantaran dalam laman sosialnya sebagai merujuk kontroversi program kebudayaan tersebut.

“Ini perbualan antara saya dengan sahabat saya di Jepun iaitu Salman Kyoichiro Sugimoto. Kami berdua berkenalan semasa menghadiri Program Latihan Dakwah Antarabangsa 2016. Sebagai seorang mualaf dan pendakwah, beliau dengan tegas sebagai Muslim di Jepun mengatakan tidak pernah meraikan Bon Odori,” katanya yang tular diperkatakan warganet.

Festival anjuran Kedutaan Besar Jepun itu mencetuskan polemik setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad melarang penyertaan umat Islam dan kenyataan tegas beliau itu turut disokong tokoh agama kerana program tersebut ada unsur pemujaan roh dan bertentangan dengan akidah.

Firdaus yang juga Pengasas Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM) berkata, umat Islam di Jepun ternyata lebih faham dan tidak pula teruja meraikan Bon Odori dan mereka lebih sedar perkara tersirat atau falsafah di sebalik perayaan itu yang ada unsur syirik.

Semakan Utusan Malaysia mendapati, terdapat sejumlah 19 buah organisasi hal ehwal Islam termasuk pertubuhan bukan kerajaan di seluruh Jepun yang turut senada dalam isu berkenaan.

Dianggarkan terdapat lebih 250,000 umat Islam di negara maju Asia tersebut dengan sekitar 50,000 mualaf manakala selebihnya ialah warga asing dari seluruh dunia termasuk Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya