Tiga kebimbangan selepas PRU15

Tiga kebimbangan selepas PRU15

ABDUL Ghani Othman (tengah) bergambar dengan ahli Mubarak Johor selepas merasmikan Mesyuarat Agung Mubarak Johor di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang veteran UMNO melahirkan kebimbangannya terhadap situasi politik semasa yang tidak stabil, termasuk kemungkinan berlaku keadaan serupa selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bekas Menteri Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman menggariskan tiga faktor kebimbangannya, iaitu ketidakstabilan politik yang berpanjangan, korupsi melibatkan pemimpin dan keupayaan kepemimpinan mentadbir urus negara.

”Ada tiga kebimbangan saya, yang pertama, apakah berterusan keadaan politik yang tidak stabil? Besar kemungkinan politik negara kita terus tidak stabil walaupun selepas PRU15.

“Yang kedua korupsi dalam kalangan pemimpin dan ketiga keupayaan kepimpinan memimpin serta mentadbir urus negara kita,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Negeri Johor, di sini hari ini.

Abdul Ghani yang menjadi memimpin Johor dari 1995 hingga 2013 menaruh harapan tinggi supaya kestabilan politik dapat dicapaikan oleh parti-parti politik yang bertanding pada PRU15.

“Menjadi harapan kita juga supaya pemimpin yang dipilih tidak korup dan ada keupayaan dari segi intelektual untuk memimpin dan mengurus tadbir negeri dan negara,” katanya.

Beliau turut berharap pemimpin muda yang diberi tanggungjawab mengemudi negeri dan negara dapat menjalankan tugas dengan baik serta mengemukakan idea-idea baharu yang lebih segar.

“Alhamdulillah, contohnya sudah wujud di Johor ini (Menteri Besar yang muda). Semoga mereka dapat membawa negeri dan negara kita dengan lebih baik,” katanya.

Pada majlis tersebut, Abdul Ghani turut mengimbas kembali kenangan beliau memimpin negeri Johor, termasuk cabaran dalam memilih calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam PRU sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya