PENGGUNAAN kaedah kokedama yang bermaksud bebola lumut iaitu satu teknik seni penanaman yang dihasilkan untuk tanaman hiasan dan popular di Jepun kini berkembang ke seluruh dunia.
Tidak ketinggalan menggunakan kaedah itu ialah seorang pesara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Subhi Saad, 62, bagi mengisi masa lapangnya menanam beberapa pokok hiasan dengan sabut kelapa, tanah bakar dan tali.
Dia yang belajar kaedah tanaman itu setelah pulang dari Jepun ketika mengikuti kursus mengenai alam sekitar, hanya mengambil masa 15 minit menyiapkan satu tanaman dengan cara melilitkan sabut kelapa yang diisi dengan tanah bakar serta diikat menggunakan tali.
Selain mudah, kaedah tanaman kokedama dapat menjimatkan air kerana sifat sabut kelapa itu boleh menyerap air dalan waktu yang lama. – UTUSAN










