fbpx

26 Jun 2022, 10:03 pm

  TERKINI

Sunway Property lancar Galeri Jernih Residence

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sunway Property melancarkan Galeri Hartanah Jernih Residence, projek pembangunan berkeluasan 5.28 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM 543 juta. 

Setakat ini, pemaju itu telah menerima 10,000 pendaftaran bagi projek terbabit.

Pengarah Eksekutif Kanan Sunway Property, Chong Sau Min berkata, harga mampu milik yang ditawarkan menerusi Jernih Residence membolehkan pembeli muda dan mereka yang ingin menaik taraf pemilikan kediaman, peluang untuk membeli rumah tanpa perlu berkompromi dengan kualiti dan kemudahan.

“Garis panduan Reka Bentuk dan Seni Bina Pembangunan Sunway (SDDA) membolehkan kami membangunkan Jernih Residence bagi menawarkan gaya hidup holistik, lestari dan bersepadu untuk penduduk.

“Konsep Kehidupan Berorientasikan Transit Utama yang ditawarkan di Jernih Residence merangkumi ketersambungan terbaik menerusi pengangkutan awam dan lebuh raya utama, serta kemudahan bandar dan gaya resort,” katanya dalam kenyataan.

Pembangunan tersebut menawarkan 1,605 unit apartmen servis yang dibahagikan menerusi dua blok kediaman.

Setiap unit ditawarkan dengan empat saiz binaan dalaman dari 550 hingga 850 kaki persegi, dengan tawaran harga dari RM 320,000 atau purata RM 500 sekaki persegi.

Projek itu dimajukan secara strategik bersebelahan Stesen MRT Sungai Jernih (hanya 50 meter), sekali gus menawarkan kemudahan harian kepada penduduk yang mementingkan ketersambungan dan kebolehcapaian.

Sejajar dengan kehendak pasaran untuk gaya hidup berteraskan kesihatan, kemudahan ala resort di Jernih Residence direka untuk menggalakkan aktiviti luar santai dan rehat penduduk, sesuai untuk istirehat keluarga dan individu.

Antara kemudahan yang ditawarkan termasuk kolam infiniti sepanjang 30 meter, kolam dan gelongsor renang kanak-kanak, jakuzi luar, taman herba dan kawasan permainan luar. Aras 1 dan 2 juga akan memiliki 41 unit runcit dengan keluasan bersih yang boleh disewa 42,609 kaki persegi.

Pembeli baharu Jernih Residence boleh menikmati tawaran Kempen Sunway Signature Series 2022 yang akan berakhir pada 31 Julai 2022, dan akan didaftarkan secara automatik sebagai ahli Program Sunway Property Pals+ yang baru dilancarkan. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI