SPM: Rabun kronik bukan penghalang kejayaan

SPM: Rabun kronik bukan penghalang kejayaan

SOFIYYATUL Najiha Mustafa Kamal gembira menerima keputusan SPM 2021 di Sekolah Menengah Agama Falahiah, Tumpat, Kelantan. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang pelajar yang mengalami masalah rabun kronik membuktikan kekurangan itu bukan penghalang buat dirinya selepas memperoleh keputusan 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Sofiyyatul Najiha Mustafa Kamal, 18, berkata, walaupun keadaan agak terbatas dan tidak seperti rakan-rakan lain, ia tidak melunturkan semangatnya untuk belajar bersungguh-sungguh.

“Saya tidak dapat melihat dengan jelas tulisan guru di papan tulis walaupun duduk di barisan depan kerana masalah rabun yang agak teruk.

“Bagi memudahkan pembelajaran, saya mengambil gambar nota dan kemudian membesarkan tulisan menggunakan tablet selain merujuk rakan-rakan sekelas sekiranya tidak faham berkait satu-satu subjek,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah itu berkata, sokongan dan dorongan daripada ibunya, Suriani Hashim, 53, yang juga merupakan seorang guru menjadi kunci di sebalik kejayaan itu.

“Saya turut mengamalkan solat hajat dan tahajud serta membaca al-Quran dalam usaha mendekatkan diri dengan Maha Pencipta.

“Kejayaan ini menjadi pemangkin kepada saya untuk lebih cemerlang di masa hadapan sekali gus mencapai cita-cita melanjutkan pelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan Undang-Undang Syariah,” ujarnya.

Sementara itu, pelajar cemerlang 11A+, Nor Nabilah Amani Anuar, 18, menyifatkan menjaga adab dengan ibu bapa sebagai antara kunci kejayaannya mencapai keputusan cemerlang dalam SPM 2021.

Katanya, dia tidak menyangka dinobatkan sebagai pelajar terbaik Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya