Sembilan nelayan Indonesia ditahan, langgar permit - Utusan Malaysia

Sembilan nelayan Indonesia ditahan, langgar permit

SEBAHAGIAN nelayan warga Indonesia ditahan Maritim Malaysia Selangor kerana menangkap ikan melepasi kawasan seperti yang dibenarkan dalam permit dekat perairan berhampiran Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tindakan sembilan kru warga Indonesia menangkap ikan melepasi kawasan seperti yang dibenarkan dalam permit mengundang padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), semalam.

Mereka yang berusia 22 hingga 62 tahun termasuk seorang tekong bersama dua bot nelayan tempatan Kelas C ditahan pada kedudukan 22 batu nautika dekat perairan berhampiran Sungai Besar, Sabak Bernam.

Pengarah Maritim Malaysia Selangor, Kapten Maritim V. Siva Kumar berkata, dua bot tersebut berjaya dikesan oleh rutin rondaan Kapal Maritim Bagan Datuk dan mendapati berdaftar di Perak, justeru aktiviti penangkapan ikannya terhad di perairan negeri itu sahaja.

“Kedua-dua bot nelayan tempatan itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen. Penahanan bot-bot itu dilakukan selang 15 minit bermula pukul 1.30 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Malah beliau menambah, hasil pemeriksaan turut mendapati kesemua kru bot itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan perjalanan yang sah.

Jelas Siva Kumar, kesemua bot dan sembilan kru tersebut bersama 700 kilogram hasil laut telah ditahan untuk siasatan lanjut. 

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya