KUALA LUMPUR: Pelakon, Norman Hakim, menerusi Instagramnya, berkongsi kepentingan menyantuni anak-anak setiap pagi.
Menurut pelakon berusia 46 tahun itu, amalan tersebut menjadi rutin yang tidak ditinggalkan meskipun berdepan jadual kerja yang agak padat.
“Rutin harian saya dan juga semua ibu bapa diluar sana. Balik lewat macam manapun, rutin pagi macam ini memang wajib.
“Mereka perlukan doa dan barakah kita supaya tenang minda dan jiwa menyerap segala ilmu. Insya-Allah,” tulisnya.
Norman dalam perkongsian tersebut memuat naik sebuah video dia memeluk dan mengucup dahi anak-anaknya.
Dalam pada itu, bapa enam cahaya mata ini mengakui teruja menjelang hari sukan sekolah anaknya.
“Papa paling teruja tunggu hari sukan anak sebab nak masuk semua acara yang melibatkan ibu bapa.
“Semoga anak-anak kita semua sentiasa dalam lindungan dan kasih sayangNya,” tambahnya.










