Rugi RM670,000 ditipu lelaki menyamar polis - Utusan Malaysia

Rugi RM670,000 ditipu lelaki menyamar polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Kerana takut dengan ugutan akan dipenjarakan selepas ‘didakwa’ terlibat dalam kes penipuan, seorang kerani wanita rugi RM670,000 akibat ditipu sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kejadian berlaku apabila wanita berusia 77 tahun itu menerima panggilan daripada lelaki yang menyamar polis menerusi aplikasi WhatsApp pada 15 Mei lalu.

Menurutnya, mangsa dihubungi lelaki yang menggunakan nama Ah Seng, kononnya pegawai polis dari Sabah yang memberitahu kad pengenalan mangsa digunakan dalam satu kes penipuan.

OSMAN MAMAT

Katanya, suspek mengatakan mangsa akan dipenjarakan atas kesalahannya itu.

“Suspek menawarkan diri untuk menyelesaikan kes namun meminta mangsa untuk membayar RM600,000 hingga RM700,000.

“Disebabkan terlalu takut akan dipenjarakan, mangsa bersetuju dengan permintaan lelaki itu. Suspek turut meyakinkan mangsa wang itu sebagai pinjaman dan polis akan menyelesaikan kes yang melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Osman, mangsa mendeposit dua cek bernilai RM320,000 dan RM350,000 di sebuah bank pada 23 Mei lalu.

Katanya, mangsa diarahkan suspek untuk memaklumkan kepada pihak bank bahawa wang tersebut digunakan bagi membeli rumah agar tiada pertikaian berlaku ketika berurusan.

“Mangsa mengesyaki telah ditipu telah membuat laporan pada Isnin untuk tindakan pihak polis dan rujukan bank,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya