RP2: RM5.034 bilion bina sekolah, institusi pendidikan - Utusan Malaysia

RP2: RM5.034 bilion bina sekolah, institusi pendidikan

ISMAIL Sabri Yaakob berucap dalam Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Terengganu di Kompleks Sukan Gong Badak di Kuala Nerus hari ini.-PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5.034 bilion bagi projek pembangunan sekolah dan institusi pendidikan di seluruh negara di bawah Rolling Plan Kedua (RP2) dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 79 projek baharu dan sambungan dilaksanakan di Terengganu  dengan kos sebanyak RM914.79 juta. 

Katanya, setakat ini, sebanyak 42 projek berkenaan siap sepenuhnya manakala 18 lagi di peringkat pelaksanaan dan baki 19 projek berstatus pra bina. 

“Di samping itu, sebanyak 26 projek menaik taraf dan pembangunan semula sekolah daif diluluskan sepanjang tempoh 2017 hingga 2022 dengan peruntukan sebanyak RM60.93 juta. 

“Daripada jumlah itu, sebanyak 21 projek sudah disiapkan manakala baki lima projek dalam peringkat pra bina,” katanya ketika berucap merasmikan penutup Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Terengganu di Kompleks Sukan Gong Badak di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin.

Terengganu merupakan negeri keempat bagi siri Jelajah AKM selepas Johor, Perlis dan Sabah dengan jumlah pengunjung melebihi 21,745 orang sepanjang tiga hari penganjurannya.

Terdahulu, Ismail Sabri turut menyampaikan bantuan one-off Yayasan Keluarga Malaysia kepada 10 penerima di samping Skim Insurans Keluarga Malaysia dan bantuan persediaan Yayasan Terengganu (YT).

Sementara itu, beliau berkata, Terengganu melalui proses transformasi pembangunan yang pesat dengan pelaksanaan pelbagai projek bernilai ribuan juta ringgit sejak 1980-an hingga ke hari ini.

Katanya, antara projek itu termasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer yang dijangka siap akhir 2026 selain industri minyak dan gas yang merupakan tunjang kepada ekonomi negeri.

Menurut Ismail Sabri, perkembangan itu bukan sahaja menarik ramai pelabur asing, malah meningkatkan peluang pekerjaan setempat selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan pada 22 Ogos 2021. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya