RM59.6juta kerugian penipuan dalam talian dalam 6 bulan

RM59.6juta kerugian penipuan dalam talian dalam 6 bulan

ARJUNAIDI Mohamed (kanan) menunjukkan papan tanda kempen Anti-Scam Peringkat Kontinjen Selangor yang dicetak sebanyak 392 unit untuk diedar di seluruh negeri ini, di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penipuan dalam talian atau scammer di Selangor terus berada di tahap membimbangkan dengan mencatatkan RM59.6 juta dalam tempoh enam bulan tahun ini sekaligus menyumbang 75 peratus kepada kes komersial di negeri ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, ini melibatkan 1,354 kes dalam tempoh sama dengan penipuan paling tinggi adalah Macau Scam.

“Ini bukan kerugian yang sedikit dan perlu diambil berat dan atasi secara bersama semua peringkat termasuk masyarakat.

“Kita tidak boleh berdiam diri kerana ini baharu satu kontinjen Selangor sahaja. Berdasarkan siasatan kita, sebahagian besarnya mengalir ke luar negara dan menyebabkan kerugian kepada ekonomi negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Kontinjen Selangor, hari ini.

Beliau menambah, lebih 1,700 individu telah ditangkap bagi tempoh Januari hingga Jun ini dengan kebanyakan melibatkan keldai akaun yang menyukarkan pembuktian di mahkamah.

“Justeru, saya sebelum ini ada menyebut tentang perlunya membuat pindaan atau menggubal undang-undang yang lebih sesuai dengan perkembangan semasa.

“Ini kerana benda ini online. Undang-undang kita tidak cover online. Tell me which law covers online, tiada. Ini yang susah dan menjadi persoalan,” jelasnya.

Justeru, beliau meminta semua pihak memainkan peranan sewajarnya ( termasuk penggubalan undang-undang bertepatan) selain kesedaran orang ramai.

“Kita juga berharap pihak-pihak tidak kira bank atau lain yang terlibat dalam sepanjang proses ini (buka, pembayaran atau pemindahan) dalam menyekat perkara ini daripada berlanjutan,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya