Rizab antarabangsa BNM AS$109.2 bilion - Utusan Malaysia

Rizab antarabangsa BNM AS$109.2 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$109.2 bilion (RM481.08 bilion) pada 15 Jun 2022.

Menurut BNM, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Komponen utama rizab antarabangsa itu merangkumi rizab mata wang asing berjumlah AS$96.3 bilion (RM424.25 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bernilai AS$1.4 bilion (RM6.17 bilion), hak pengeluaran asas (SDR) sebanyak AS$6.0 bilion (RM26.43 bilion), Emas AS$2.4 bilion (RM10.57 billion) dan aset rizab lain bernilai AS$3.1 bilion (RM13.66 bilion).

“Mengenai aset, ia terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab -rizab lain termasuk SDR (RM458.1 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.5 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM621.2 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM23.7 bilion), tanah dan bangunan (RM4.1 bilion) dan aset-aset lain (RM21.6 bilion),” katanya dalam kenyataan.

Modal dan liability terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM147.5 bilion),  mata wang dakam edaran (RM159.8 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM158.4 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM11.6 bilion), deposit lain-lain (RM5.5 bilion),  kertas Bank Negara (RM5.2 bilion), peruntukan SDR (RM28.1 bilion) dan liabilit-liabiliti lain (RM4.4 bilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya