Restoran 35 jawab dakwaan maki pelanggan, telur dadar, nasi RM240 - Utusan Malaysia

Restoran 35 jawab dakwaan maki pelanggan, telur dadar, nasi RM240

RESTORAN 35, Plaza Mahkota, Banda Hilir, Melaka masih dikunjungi ramai pelanggan walaupun selepas insiden yang ditularkan seorang pelanggan wanita baru-baru ini. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pemilik Restoran 35 di Plaza Mahkota, Bandar Hilir dekat sini menafikan dakwaan seorang wanita yang tular di media sosial bahawa keluarganya dari Singapura dimaki dan dicaci sewaktu menjamu selera, Rabu lalu.

Menjelaskan situasi tersebut, anak pemilik restoran, Nur Adilla Baharom, 39, berkata, kejadian pukul 4 petang itu berpunca daripada rasa tidak puas hati ibu pelanggan itu, berusia dalam lingkungan 60-an kerana minuman air lemon sebiji yang dipesan.

“Pada mulanya, anak adik lelaki saya hantar air lemon yang telah diperah dan sekeping daripadanya ada dalam minuman tersebut.

“Bila minuman itu sampai, wanita itu terus membebel kerana pesanannya tidak dituruti. Ibu saya kemudiannya menghantar lemon satu biji yang siap dipotong.

“Walaupun telah menerima minuman itu, ibu wanita berkenaan masih terus membebel dan ada menyebut, ‘dia orang berniaga jadi dia tahu sukatan buah lemon sebiji’,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Tenaga Kerja, Hubungan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem di restorannya hari ini.

Nur Adillah menambah, dakwaan keluarga tersebut dimaki dan dicaci adalah tomahan yang sengaja diada-adakan.

Dia berkata, rakaman video yang dimuat naik di laman sosial itu adalah perbualan antara dirinya dengan ibu serta nenek yang ketika itu berada di dapur.

“Suara dalam video itu adalah suara nenek saya yang memarahi saya dan ibu kerana membenarkan pelanggan memasuki kedai sedangkan ketika itu restoran sudah berkemas hendak ditutup setelah sebahagian makanan sudah habis.

“Kami orang Melaka, memang suara emak dan nenek saya bila bercakap sangat kuat seperti bergaduh tetapi kami bersembang hal lain, bukan memaki keluarga wanita seramai 10 orang sedang menjamu selera di restoran,” jelasnya.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan bahawa keluarga itu terpaksa membayar RM240 hanya untuk hidangan telur dadar dan nasi, Nur Adilla berkata, perkara yang dibangkitkan itu juga tidak benar sama sekali.

“Mereka sebenarnya dihidangkan dengan asam pedas ikan pari sebanyak enam ketul, daging goreng kunyit untuk 10 orang makan, termasuk minuman, sambal belacan, ulam-ulaman, telur dadar lapan biji, ikan bilis petai dan sayur campur,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.