Remaja tipu Mykad hilang disamun ditahan polis - Utusan Malaysia

Remaja tipu Mykad hilang disamun ditahan polis

Asisten Komisioner Rahmat Ariffin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Seorang remaja perempuan sanggup membuat laporan polis palsu semata-mata tidak mahu didenda oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana  kehilangan Mykad miliknya.

Bagaimanapun, helah remaja terbabit  dihidu polis sebelum dia ditahan kerana memberi keterangan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten. Komisioner Rahmat Ariffin berkata, remaja berusia 17 tahun itu membuat laporan mendakwa dia diragut pada pukul 11.15 malam, kelmarin.

“Polis menahan remaja itu pada  jam 4.30 petang  semalam di Balai Polis Nusa Bestari, di sini kerana disyaki membuat laporan palsu mengenai kehilangan kad pengenalannya,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, selepas siasatan remaja itu mengaku membuat laporan palsu dengan tujuan untuk membuat kad pengenalan yang hilang.

Menurut beliau, remaja itu dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN