PUTRAJAYA: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin kini berada di Paris bagi mewakili Malaysia di Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Persidangan berkenaan akan berlangsung mulai hari ini hingga 30 Jun ini.
Radzi berkata, persidangan ‘pre-summit’ kali ini membicarakan tentang transformasi pendidikan dan langkah yang dapat diambil bagi memastikan kemajuan serta kemampanan sistem pendidikan.
“Beberapa sesi perbincangan dan lawatan kerja akan turut diadakan sepanjang berada di sini, khususnya berkaitan dengan transformasi pendidikan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. – UTUSAN