Pusat hiburan masih beroperasi walau kerap diserbu

Pusat hiburan masih beroperasi walau kerap diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menggempur sebuah pusat hiburan di Damansara Utama, di sini malam tadi selepas didapati masih beroperasi tanpa lesen walaupun pernah diserbu sebelum ini.

Serbuan itu dilakukan anggota dan pegawai dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada pukul 1.30 pagi. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, premis hiburan tersebut pernah diserbu beberapa kali oleh pasukan polis IPD Petaling Jaya sepanjang tahun 2021 menerusi operasi Op Noda Khas.

“Premis ini menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen hiburan yang sah oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis merampas semua peralatan muzik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, sebanyak 70 lelaki dan 34 wanita yang diperiksa didapati tidak mempunyai sebarang rekod lampau atau dalam senarai dikehendaki.

Katanya, tindakan diambil berdasarkan kesalahan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor atas kesalahan beroperasi tanpa lesen hiburan, beroperasi lebih waktu hiburan dan menjual minuman keras tanpa lesen.

“Tindakan terus dijalankan terhadap pengusaha premis hiburan yang tidak mematuhi peraturan dikeluarkan PBT. 

“Sebarang maklumat berkenaan pelanggaran undang-undang boleh disalurkan kepada IPD Petaling Jaya,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya