Presiden parti politik dalang tipu jual kad kewarganegaraan

Presiden parti politik dalang tipu jual kad kewarganegaraan

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menawarkan kad keistimewaan kepada individu tiada kewarganegaraan dengan bayaran RM500 sehingga RM1,000.

Itu harga yang dikenakan satu sindiket penipuan program pengumpulan data maklumat dokumentasi orang tiada kewarganegaraan yang didalangi Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah, Mohd. Arshad Abdul Mualap, 48.

Kegiatan itu terbongkar selepas Mohd. Arshad bersama-sama rakan sejenayahnya, Mohamad Amkah Ahmad, 46, ditahan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Subang Jaya pada 22 Jun lalu.

Utusan Malaysia difahamkan, kad data berkenaan dilengkapi pengimbas kod QR yang mempunyai borang permohonan kewarganegaraan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekiranya diimbas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, sindiket ini dikesan beroperasi sejak awal tahun ini.

Kata beliau, mangsa-mangsa ini telah diyakinkan oleh sindiket dengan mendapat kelebihan seperti perubatan dan pendidikan sama seperti warganegara ini.

“Satu pasukan khas telah ditubuhkan sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kegiatan sindiket ini.

“Hasil risikan, satu operasi khas dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan menahan kedua-dua suspek ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Hamzah, Mohd. Arshad dan Mohamad Amkah telah dituduh hari ini di Mahkamah Seksyen Shah Alam. 

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hamzah mengingatkan, orang ramai terutama warga asing diingatkan hanya terdapat empat kad pengenalan yang sah dikeluarkan di negara ini.

“Untuk menjadi penduduk di negara ini kita ada empat kad pengenalan, pertama kad pengenalan berwarna yang diberikan kepada warganegara Malaysia.

“Yang kedua ialah kad pengenalan berwarna merah diberikan kepada penduduk tetap, ketiga kad pengenalan berwarna hijau ialah pemastautin sementara berstatus bukan warganegara dan keempat adalah kad pengenalan berwarna coklat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya