PKR tak akan bekerjasama dengan Azmin Ali - Utusan Malaysia

PKR tak akan bekerjasama dengan Azmin Ali

DAP
MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PKR membuat keputusan untuk tidak mengadakan sebarang perbincangan kerjasama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali susulan dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu bertemu dengan beberapa pimpinan parti.

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang berlangsung malam tadi.

“MPP juga memutuskan bahawa PKR tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Azmin Ali, yang dianggap oleh anggota, penyokong parti serta orang ramai sebagai salah satu punca utama berlakunya pengkhianatan Langkah Sheraton,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu dipercayai bertemu dengan dua wakil PKR di sebuah hotel, di sini.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin menyifatkan, beliau tidak dapat mengingati hotel mana yang dikunjungi dan siapa yang ditemui pada minggu lalu berikutan jadual kerjanya yang padat.

Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan, MPP juga memutuskan supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) mengumumkan secara rasmi saf kepimpinan yang baharu di peringkat Cabang dan pimpinan utama dalam masa terdekat, setelah selesai proses aduan serta audit dilakukan.

Katanya, saf kepimpinan baharu itu perlu bergerak pantas, sederap dan dalam satu pasukan yang kukuh bagi menghadapi musuh-musuh politik PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“MPP memutuskan bahawa Kongres Wanita dan Angkatan Muda PKR akan diteruskan pada 15 Julai 2022, bertempat di IDEAL Convention Centre (IDCC) Shah Alam. Kongres Nasional juga akan diteruskan pada 16 dan 17 Julai 2022.

“Kongres kali ini akan menumpukan kepada kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi PRU15 dan pembubaran Parlimen yang boleh berlaku pada bila-bila masa selepas 31 Julai ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya