Piala Raja Thai: Pasukan PSM atau MSC? - Utusan Malaysia

Piala Raja Thai: Pasukan PSM atau MSC?

Aksi pasukan sepak takraw negara ketika di Sukan SEA Hanoi 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kurang sebulan sahaja lagi sebelum berlangsungnya Kejohanan Piala Raja Thai di Bangkok, 24 Julai depan. Namun kem Malaysia masih lagi bermain tarik tali mengenai status pasukan dari badan induk mana yang bakal dihantar.

Konfederasi Sepak Takraw Malaysia (MSC) merupakan badan induk yang telah diiktiraf Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) dan Persekutuan Sepak Takraw Dunia (ISTAF), selain Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS), sekaligus menjadikan pentadbir yang sepatutnya menguruskan hal ehwal sepak takraw negara, khususnya penyediaan pasukan kebangsaan.

Bagaimanapun, kem negara ketika ini masih lagi dibimbing jurulatih lantikan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Abdul Talib Ahmad yang mempunyai kontrak sehingga tamat Sukan Asia Hangzhou.

MSC sudah pun melantik calon mereka, Azhar Sarabini, yang merupakan bekas jurulatih KL Thunder dan Kelantan Warriors dalam kancah Liga Sepak Takraw (STL).

Namun sehingga kini masih belum ada pengesahan rasmi pelantikan berkenaan, memandangkan Azhar mempunyai komitmen sebagai guru sepenuh masa dan sebarang proses pertukaran kerja akan memerlukan masa.

“Contoh Piala Raja Thai, yang akan pergi merupakan di bawah nama Malaysia, bukan nama MSC, kalau kita kalah teruk, macam mana? Sedangkan penglibatan kita untuk sepak takraw negara ketika ini sangat terhad, tiada akses kepada jurulatih, corak latihan.

“Jadi kami tidak mahu keruhkan keadaan, hanya mencadangkan beberapa perkara, dengan sedikit pembaharuan,berkerjasama dengan sedia ada, sementara menunggu, kami bersiap sedia untuk ambil alih, dan mungkin akan uruskan semuanya untuk Sukan SEA tahun depan,” kata Suhaili kepada Utusan Malaysia.

Di kem PSM, pihaknya akur dan tidak menghalang mana-mana pemain untuk beraksi di bawah pengurusan MSC bagi hadapi Piala Raja Thai.

“Untuk Piala raja Thai, kami akur yang kami tidak lagi uruskan skuad kebangsaan, sebaliknya tanggungjawab MSC, dan untuk pemain, kami tidak menghalang, namun yang paling penting adalah mereka mahu bermain untuk Malaysia” jelas Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya