pesakit positif meningkat

Pesakit Covid-19 diwadkan meningkat lebih 500 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia kembali merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,605 kes berbanding kelmarin, 2,005 kes sekali gus mengatasi 1,633 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Kuala Lumpur kini mengatasi Selangor apabila mencatatkan 865 kes berbanding Selangor, 730 kes diikuti Sabah (163), Perak (152), Pulau Pinang (138),Negeri Sembilan (105), Melaka (102), Johor (66), Putrajaya (57), Kedah (57), Pahang (56) dan Sarawak (53). 

Diikuti Kelantan (24), Terengganu (23), Perlis (8) dan  Labuan, enam kes. Pesakit Covid-19 yang diwadkan meningkat kepada 522 orang berbanding kelmarin, 484 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 40 kes berbanding jumlah semalam, 37 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 24 kes berbanding jumlah kelmarin, 19 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak enam kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,019 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan lima kematian Covid-19 berbanding kelmarin, satu kes sekali gus menjadikan jumlah terkini kekal sebanyak 35,763 kes. 

Sebanyak satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,586 kes. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN