PUTRAJAYA: Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 luar biasa berbanding situasi pelajar yang terpaksa menempuh cabaran getir mengikuti dua tahun pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian kesan penularan pandemik Covid-19. Apatah lagi, kumpulan pelajar itu merupakan kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) di Tingkatan 1 pada tahun 2017 bertujuan menyediakan calon dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan sejajar dengan hasrat…










