Penat, kurang kesedaran punca utama kemalangan penghantar p-hailing

Penat, kurang kesedaran punca utama kemalangan penghantar p-hailing

ZULHELMI Mansor (kiri) dan Shawaludin Husin menandatangani MOU antara MSOSH dan Penghantar di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Memandu terlalu lama sehingga penat dan kurang kesedaran mengenai tahap keselamatan antara punca utama kemalangan melibatkan penghantar p-hailing di negara ini.

Malah, tahap kesedaran terhadap keselamatan dalam kalangan penunggang motosikal dalam sektor ekonomi gig itu juga didapati masih berada pada tahap rendah.

Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar), Zulhelmi Mansor berkata, pemerhatian mendapati antara tiga hingga empat kes kemalangan dicatatkan melibatkan golongan itu setiap minggu.

“Rata-rata mereka bekerja melebihi empat jam tanpa henti demi mengejar trip dan tempahan sehingga terlalu kepenatan.

“Keadaan itu mengakibatkan mereka mudah terlibat dalam kemalangan selain kurang kesedaran mengenai langkah keselamatan yang wajar diambil ketika bekerja,” katanya selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) di Pusat Konvensyen Setia City di sini, hari ini.

MoU yang ditandatangani bersama Presiden MSOSH, Dr. Shawaludin Husin itu turut disaksikan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Mohd. Anuar Embi.

Jelas Zulhelmi, isu kemalangan penghantar p-hailing dianggap membimbangkan dan memerlukan langkah penyelesaian terbaik demi keselamatan serta kebajikan mereka. – UTUSAN

  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya