ALOR SETAR: UMNO perlu terus memandang ke depan selain memperkemas jentera parti bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) daripada melayan individu tertentu yang bersikap seperti anjing menyalak bukit. Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, kepimpinan parti itu juga tidak perlu membuat apa-apa penjelasan berhubung sebarang dakwaan dilemparkan terhadap mereka. Dalam masa sama katanya, tiada keperluan untuk kalangan ahli UMNO ‘membaling batu kepada anjing…










