Pembangkang kena jujur berpolitik

Pembangkang kena jujur berpolitik

JEFRIDIN Atan mengingatkan pembangkang supaya lebih jujur ketika berpolitik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pihak pembangkang diingatkan tidak menggunakan taktik lama yang tidak bermoral dan beretika termasuk menghasut rakyat turun ke jalanan sekiranya serius mengamalkan pendekatan bipartisan. 

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau bersetuju dengan saranan Ketua Pembangkang Johor,  Liew Chin Tong untuk mengamalkan pendekatan bipartisan namun perlulah serius  dan ikhlas untuk mewujudkan hubungan tersebut.

“Jangan dalam Dewan cakap lain tetapi dalam Facebook kita cakap lain. Jangan kita jadi talam dua muka.

“Sebagai contoh, baru-baru ini seorang daripada pemimpin tertinggi DAP Johor menghasut rakyat untuk pergi ke jalanan untuk menyelesaikan isu kenaikan harga barang. Kononnya, pemimpin-pemimpin sedang dibuai lena.

“Ini penting dan perlu dijadikan teras dan sandaran, sekiranya kita benar-benar serius mahu mewujudkan hubungan baik bipartisan. Jadilah, pembangkang yang bertanggungjawab dan konstruktif,” katanya dalam sesi penggulungan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN) DUN Johor, Datuk Jefridin Atan berkata, pembangkang perlu lebih jujur ketika berpolitik kerana rakyat tidak suka parti terlampau ‘politiking’.

Katanya, langkah mengheret rakyat ke jalanan bagi menyelesaikan isu bebenan seperti kenaikan harga adalah sesuatu yang tidak dapat diterima. 

“Kita tidak suka kepada parti politik yang terlampau ‘politiking’ yang hendak mengheret rakyat ke jalanan untuk selesaikan masalah bukan perkara yang boleh diterima ketika ini. 

“Berhentilah berpolitik dengan cara ini, pembangkang perlu jujur kerana mereka di dalam DUN bercerita lain, tetapi di dalam Facebook dan Twitter tidak mengaku dengan apa yang mereka katakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya