JOHOR BAHRU: Tindakan pemimpin Pas khususnya yang memegang jawatan dalam kerajaan campuran hari ini yang menolak untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan awal adalah kerana mereka sudah kemaruk kuasa. Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, itu merupakan satu-satunya punca mengapa pemimpin parti berkenaan bertindak sedemikian. Jelas beliau, perubahan pada tingkah laku pemimpin Pas dapat dilihat sejak tahun 2020 selepas mereka pertama kali dilantik sebagai menteri dalam…










