Menyamar polis untuk menyamun, dua ditahan

Menyamar polis untuk menyamun, dua ditahan

ASHARI ABU SAMAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegiatan lima lelaki menyamar sebagai anggota polis dan memukul lelaki warga asing di kawasan parkir di Jalan Tun Razak di sini, terbongkar selepas dua daripadanya ditahan polis, semalam.

Dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, pihak pengurusan di kawasan itu menerima panggilan berkaitan berlaku pergaduhan di kawasan parkir kereta.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pengadu kemudian bergegas ke tempat kejadian sebelum mendapati lima lelaki berkenaan memukul lelaki warga Ghana dengan gari dan sebatang kayu.

Jelas beliau, pengadu kemudiannya bertanya kepada salah daripada lelaki terbabit dan dia memaklumkan bahawa lelaki warga asing berkenaan merupakan ahli sindiket penipuan dan mendakwa menipu RM2 Juta.

“Suspek mengatakan mangsa perlu ke Balai Polis Bukit Aman untuk siasatan lanjut memandangkan mereka adalah anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7).

“Pengadu bagaimanapun tidak membenarkan mangsa pergi selagi pihak polis belum tiba,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, kata Ashari, tidak lama kemudian, kesemua suspek tergesa-gesa beredar dari kawasan parkir itu walaupun pengadu beritahu kepada mereka untuk menunggu polis sampai.

“Pengadu sempat mengambil gambar kereta yang dinaiki lima suspek,” jelasnya.

Ashari menambah, satu laporan polis telah dibuat pihak pengurusan terbabit selain mangsa juga tampil membuat laporan sama namun menghilangkan diri selepas itu.

Susulan itu, kata Ashari, dua suspek ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang serta menyamar penjawat awam.

“Kita masih mengesan suspek yang lain,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya