Mas Idayu tabah menjaga suami sakit - Utusan Malaysia

Mas Idayu tabah menjaga suami sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mempunyai pasangan berpenyakit bukan perkara mudah. Ujian dan kesukaran itu dilalui Mas Idayu Marzuki, 46 apabila suaminya Tun Mamat Hashim , 49 menghidap pelbagai jenis penyakit berpunca daripada angin ahmar sekitar 2013 lalu.

“Suami diserang mild strok sebanyak dua kali pada 2013,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pekerjaan sebagai jurukamera bebas tidak menentu. Ada kalanya bekerja tanpa rehat dan tidur yang cukup.

Sebagai seorang isteri, dia mempraktikkan pelbagai cara dan kaedah yang sesuai untuk memulihkan penyakit suaminya.

“Setiap pagi rutin suami akan berjalan di atas jalan tar selama sejam.

“Doktor pakar memberitahu cara itu berfungsi melancarkan peredaran darah dan menguatkan lagi bahagian otot kaki serta urat saraf berkaitan,” katanya.

Mas Idayu turut membawa suami menanam badan dengan pasir pantai terutamanya di Port Dickson antara sejam hingga dua jam selain melumur minyak panas di anggota badan yang terkena strok.

Rutin Tun Mamat ialah menghadiri temujanji susulan di Klinik Fisioterapi Hospital Kajang Atas. Atas nasihat doktor, suami disarankan tidak melakukan sebarang kerja berat kerana sarafnya masih lemah. Situasi itu menyebabkan Mas Idayu mengambil keputusan berhenti kerja.

KETUA KAMPUNG
Namun proses penyembuhan Tun Mamat berlaku pantas. Selepas pulih, suami terpilih menyandang jawatan Ketua Kampung Batu 10 Cheras bermula dari 2014 hingga 2018.

Ternyata, memegang jawatan penting merubah kehidupannya.

“Suami dan saya dengan dibantu Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK Kg Batu 10) turun padang membantu mereka yang kurang berkemampuan.

“Segala aduan yang diterima daripada penduduk disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT). Pasukannya seringkali bekerjasama dengan pelbagai pihak mengadakan aktiviti dan program bersepadu serta bersesuaian bagi masyarakat setempat.

“Antara bentuk sumbangan diberikan kepada penduduk kampung ialah membina balai raya baharu lengkap kemudahan asas dan fasiliti, membaiki pulih dan mengindahkan tapak tanah perkuburan Islam Batu 10 Cheras. Malah Tun Mamat turut mengatasi masalah banjir yang kerap melanda penduduk sejak beberapa tahun lalu dengan membina ban banjir ditebing sungai.

“Antara kenangan manis apabila meraih kejayaan mendapat tempat ketiga menerusi Pertandingan Kampung Tercantik Peringkat Daerah Hulu langat,” katanya.

DIUJI LAGI SAKIT
Sebaik berakhirnya tempoh jawatan Ketua Kampung, Tun Mamat ingin berehat seketika setelah bertahun lamanya menabur bakti kepada masyarakat.

Tidak lama selepas itu, kesihatannya mula terganggu.

“Suami kerap jatuh sakit terutamanya demam, hilang selera makan, berat badan turun mendadak dan kelesuan yang ketara.

“Pada masa yang sama suami mengalami kesakitan teramat pada pinggang. Akibat itu air kencingnya keluar dengan banyak dan berbuih. Lantas saya membawanya ke Hospital Kajang apabila keadaannya semakin teruk,” katanya.

Hasil pemeriksaan doktor dengan melakukan beberapa siri ujian perubatan pada akhir 2020 doktor mendapati Tun Mamat mengalami kebocoran buah pinggang tahap empat.

“Pada mulanya suami agak terkejut dan sukar mempercayai kata-kata doktor. Suami perlu menjalani rawatan dialisis untuk menyelamatkan nyawanya.

“Suami berasa tertekan malahan terduduk kerana tidak dapat menerima kenyataan ini. Sebagai isteri, saya tidak terkecuali menahan hiba mendengar berita tersebut. Bagaikan ketika itu ada batu besar menghempap di kepala. Ya sejujurnya kami menangis sambil berpelukan.

“Saya mohon suami menerima ketentuan qada dan qadar dengan reda serta penuh hikmah. Barangkali Allah SWT sayang sangat dengan awak sebab itulah. Kata kata semangat sentiasa dititip kepadanya agar terus kuat dan tabah menghadapi ujian yg diberi,” katanya menahan sebak.

Tun Mamat mengambil keputusan untuk menjalani rawatan dialisis air yang dilakukannya sendiri di sebuah bilik khas di rumahnya.

Kos pembelian mesin yang mencecah ribuan ringgit ditanggung sepenuhnya Lembaga Zakat Selangor. Dia juga telah didaftarkan sebagai asnaf miskin.

Sebelum itu, dia dan isterinya perlu menjalani latihan penggunaan mesin tersebut yang diberikan nama Peritonial Dialisis Automatik (APD ) oleh pihak hospital terbabit.

Dianggarkan sebanyak 7 kali seminggu selama 10 jam. Ia berperanan untuk mencuci air yang membuatkan punca buah pinggang menjadi rosak.

Pada masa sama, Tun Mamat perlu menghadirkan diri sebulan sekali di unit rawatan hemodialisis, klinik nefrologi.

Sejak mendapat rawatan buah pinggang tiada lagi rawatan susulan untuk klinik fisioterapi.

“Mahu tidak mahu suami perlu menjalani proses dialisis sepanjang hayat. Malah perlu mengambil pelbagai jenis ubatan seperti insulin ( kencing manis), cair darah, vitamin, iron tablet dan sebagainya. Semua kos perubatan juga ditanggung oleh Lembaga Zakat Selangor,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.