PADANG BESAR: Kumpul bungkusan daun ketum di dalam hutan atau kebun getah berhampiran pagar keselamatan sebelum ‘tentera semut’ dari Thailand mengutipnya untuk dibawa masuk ke negara jiran. Itu modus operandi penyeludup ketum di sempadan termasuk ahli sindiket dari negara jiran itu selepas memotong pagar keselamatan dengan hanya mengambil masa kira-kira lima minit untuk melaksanakan tugas tersebut. Aktiviti penyeludupan di Wang Kelian yang semakin ‘panas’ itu lazimnya dilakukan antara waktu senja…










