Lelaki warga emas mati dekat tandas awam - Utusan Malaysia

Lelaki warga emas mati dekat tandas awam

LELAKI warga emas ditemukan mati di tandas awam, Gerai Rakyat 1Malaysia, Jalan Wah Keng Jooi, Teluk Intan semalam. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang lelaki warga emas ditemukan mati di tandas awam di Gerai Rakyat 1Malaysia, Jalan Wah Keng Jooi di sini semalam.

Mayat lelaki dalam keadaan duduk di atas kerusi plastik itu ditemukan orang awam sebelum melaporkan kepada polis pada pukul 7.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, berdasarkan siasatan, lelaki berusia lingkungan 60-an itu kali terakhir dilihat di lokasi sama, kelmarin.

Katanya, si mati yang dikenali sebagai Wak Mail itu dikatakan tinggal di tandas awam itu sejak lima tahun lalu namun tidak diketahui asal usulnya dari mana.

“Pemeriksaan ke atas mayat si mati mendapati tiada kecederaan luaran dan kesan perbuatan jenayah. Butiran diri lelaki itu dikesan dengan menghubungi rakan-rakan yang mengenalinya dan pemeriksaan salinan cap jari si mati,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mayat si mati dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk ujian saringan awal Covid-19 dan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga hasil bedah siasat diperoleh.

“Orang ramai yang mengenali simati diminta tampil membantu untuk mengesan waris terdekat. Sebarang pertanyaan dan maklumat, boleh hubungi Inspektor Al Ikhsan Borhan di talian 017-6731800,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN