Lambaian awal Espargaro jadi mimpi ngeri di Catalunya - Utusan Malaysia

Lambaian awal Espargaro jadi mimpi ngeri di Catalunya

TINDAKAN Espargaro melambai tangan kepada peminat ketika perlumbaan berbaki satu pusingan menyaksikan dia menamatkan perlumbaan di tempat kelima.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Penyandang juara MotoGP, Fabio Quartararo meneruskan penguasaan pendahulu keseluruhan musim ini selepas memenangi Grand Prix (GP) Catalan dengan dibantu oleh kesilapan pencabar terdekatnya, Aleix Espargaro.

Kejayaan itu merupakan detik manis buat pelumba Yamaha itu berbanding Espargaro dari Aprilia, yang boleh dianggap sebagai mimpi ngeri sejak awal perlumbaan hingga tamat saingan.

Espargaro bersaing hebat dengan Quartararo ketika perlumbaan berkenaan namun terpaksa berputih mata selepas kesilapan di pusingan terakhir menyebabkannnya sekadar akhiri perlumbaan di tempat kelima.

Kesilapan memperlahankan jentera sambil melambai-lambai kepada peminat kerana menyangka perlumbaan telah tamat, sedangkan perlumbaan masih berbaki satu pusingan memakan dirinya.

Kesempatan itu pantas diguna sebaik mungkin dua pelumba Ducati Pragmac, Jorge Martin dan Johan Zarco untuk memintas pelumba kelahiran Sepanyol itu.

“Apa yang boleh saya katakan kepada pasukan hanyalah minta maaf. Ia kesilapan yang tidak boleh diterima pada peringkat ini.

“Ia memang salah saya secara keseluruhan. Saya memang terlupa di sini pusingan terakhir dicatatkan dengan nombor kosong bukannya satu. Jika mahu menumpaskan Fabio untuk gelaran keseluruhan saya tidak boleh melakukan kesilapan seperti ini,” kata Espagaro.

Walau Bagaimanapun Espagaro kekal berada di kedudukan kedua keseluruhan, dengan mengutip 125 mata, namun jurang dengan pendahulu, Quartaro semakin bertambah menjadi 22 mata. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya