Kuota baharu Tarif Galakan jana RM1.8 bilion

Kuota baharu Tarif Galakan jana RM1.8 bilion

TAKIYUDDIN Hassan ketika dalam sidang akhbar berhubung Pengumuman Penawaran Kuota Program Tarif Galakan (Feed-in Tariff) Sumber Bukan Solar di Wisma Sumber Asli, Putrajaya. - UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan menjangkakan penawaran kuota baharu program Tarif Galakan atau Feed-in Tariff (FiT) bukan solar bakal menjana pelaburan tambahan mencecah RM1.8 bilion.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, usaha itu juga mewujudkan sebanyak 550 peluang pekerjaan dalam industri Tenaga Boleh Baharu (TBB).

“Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara pasca era pandemik Covid-19,” katanya selepas menghadiri Program Perhimpunan Bulanan Peringkat Kementerian tersebut di Wisma Sumber Asli di sini hari ini. 

Takiyuddin berkata, kuota baharu kali ini bakal menawarkan 187 MW lagi yang dijangka boleh menjana dan membekalkan elektrik mulai tahun 2025 sehingga 2027.

 “Ia merangkumi 127 MW bagi sumber hidrokuasa kecil di Semenanjung Malaysia yang akan dibuka melalui laman sesawang rasmi SEDA untuk e-bidaan mulai 2 Ogos depan,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN