Kes kematian Baby Syifaa: Polis lengkapkan siasatan menyeluruh - Utusan Malaysia

Kes kematian Baby Syifaa: Polis lengkapkan siasatan menyeluruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan secara menyeluruh berhubung kes kematian bayi perempuan berusia 15 bulan, Nour Rania Asyifaa Yuseri atau Baby Syifaa ketika di bawah jagaan pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan di sini, Februari lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid berkata, siasatan merangkumi sudut keterangan saksi mahupun teknikal dengan penggunaan kaedah forensik serta khidmat pakar patalogi dan kimia.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan Negeri Sembilan sehingga ke pihak Peguam Negara. Kes disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001. Arahan telah diberi oleh pihak Peguam Negara supaya inkues diadakan untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruslan berkata, kes untuk pendengaran inkues telah ditetapkan pada 29 Jun depan.

Media hari ini melaporkan isteri Pemangku Raja Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam menggesa kerajaan untuk menyiasat semula kes kematian Baby Syifaa.

Khaleeda menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya memaklumkan pendapat yang mengatakan kecederaan bayi itu berpunca akibat terjerut tali buaian adalah tidak masuk akal.

“Bagi saya tidak masuk akal Baby Syifaa terjerut buai dengan ada kesan luka di kakinya seperti dia diheret,” tulisnya dalam hantaran berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.