Kes jenayah, rogol, jangan salahkan kerajaan Kelantan - Utusan Malaysia

Kes jenayah, rogol, jangan salahkan kerajaan Kelantan

MOHD. Amar (kanan) melihat pameran berkaitan dasar pandang ke Timur di Festival Kelantan Jepun 2022 di Mydin Tunjong, Kota Bharu hari ini. -UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kes salah laku termasuk jenayah rogol  di negeri ini tidak wajar dipersalahkan kepada kerajaan semata-mata.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah, bagaimanapun tidak menafikan ada kes melibatkan sumbang mahram dan rogol yang dilaporkan pihak media.

“Jadi, tak wajar lah kes yang berlaku itu disalahkan kepada kerajaan negeri yang dikenali dengan Serambi Mekah.

“Namun, tidak dinafikan sejak kebelakangan ini ada kes sedemikian dilaporkan.

“Apa pun tidak semestinya di negeri lain tiada kes seperti ini, mungkin mereka tidak melaporkan dan bila ada isu Kelantan, ia jadi besar,” katanya ketika ditemui pemberita di Festival Kelantan Jepun 2022 di Mydin Tunjong, Kota Bharu hari ini.

Mengulas lanjut Mohd. Amar berkata, orang ramai juga tidak boleh menuding jari sepenuhnya kepada ibu bapa, sebaliknya melihat kepada sikap anak-anak sendiri.

Katanya, di Kelantan mempunyai dasar Membangun Bersama Islam dan sentiasa berusaha untuk memberi kefahaman dan pendidikan agama.

“Tapi, oleh kerana dunia terbuka, kita mengajar agama dan apa-apa yang masuk melalui internet dan telefon pintar.

“Takkanlah bila kata ada orang mencuri, kita nak salahkan polis sedangkan masing-masing mempunyai tanggungjawab, begitu juga dengan kerajaan dan rakyat itu sendiri.

“Bila kita orang Islam, kita sepatutnya hidup dengan ajaran Islam. Kalau tak ada polis pun sepatutnya kita jadi baik,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN