Kerajaan komited perkukuh sekuriti makanan - Mafi

Kerajaan komited perkukuh sekuriti makanan – Mafi

RONALD KIANDEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan komited memperkukuh sekuriti makanan negara supaya bekalan kekal terjamin susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, kerajaan sebelum ini sudah mengumumkan beberapa tindakan jangka pendek dalam menghadapi situasi peningkatan harga dan kekurangan bekalan makanan. 

Sehubungan itu, katanya, kesemua inisiatif yang dirangka kerajaan itu sedang giat dilaksanakan dan disusuli dengan langkah jangka masa sederhana dan panjang untuk menstabilkan bekalan dan harga makanan.

“Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (Mafi) melalui Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan bersama (Ketua Setiausaha Negara) Tan Sri Mohd Zuki Ali akan terus meneliti sebarang isu berkaitan bekalan makanan negara, memantau status bekalan makanan negara yang meliputi pemantauan terhadap komoditi utama dan merangka pelan tindakan komprehensif untuk meningkatkan jaminan bekalan makanan negara sekali gus memantau pelaksanaan semua tindakan-tindakan yang dilaksanakan. 

“MAFI akan meneruskan usaha-usaha untuk memperkukuh sekuriti makanan negara mengambil kira isu dan cabaran di sepanjang rantaian bekalan makanan menerusi kerjasama padu merentasi kementerian, agensi berkaitan dan pemain industri sekaligus menjamin kelangsungan bekalan makanan yang berterusan dalam apa jua keadaan bagi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Al-Sultan Abdullah dalam Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi di Istana Negara, bertitah supaya krisis sekuriti makanan ditangani segera terutama dalam keadaan dunia menghadapi pelbagai kemelut dan kejutan ketika ini. 

Seri Paduka turut menitahkan agar satu pelan jangka panjang dirangka untuk mengukuhkan sekuriti makanan dan menjamin kos sara hidup berada pada tahap bersesuaian. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN