PETALING JAYA: Seramai 407,097 calon ujian bertulis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 menerima keputusan masing-masing hari ini. Ia meliputi calon yang menduduki peperiksaan pada 2 hingga 29 Mac lalu bagi sesi pertama, manakala 85,700 calon lagi menduduki peperiksaan pada 5 April hingga 19 Mei bagi sesi kedua. Keputusan kali ini mencabar kerana mereka adalah kumpulan calon SPM pertama yang menduduki peperiksaan terbesar negara itu ketika negara dilanda pandemik Covid-19.…










