Kemenangan yang cukup membanggakan - Mubarak Majid - Utusan Malaysia

Kemenangan yang cukup membanggakan – Mubarak Majid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon veteran, Mubarak Majid menitipkan rasa syukur selepas dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik (Best Actor) di Motion Horse International Film Festival (MHFF) 2022, menerusi filem Coofie And Sexy Dress, baru-baru ini.

Menurut Mubarak, dia juga bangga kerana diberi penghargaan sepanjang penglibatan dalam bidang lakonan.

“Alhamdulillah, selalunya jika tercalon pada mana-mana anugerah hanya tersenarai dalam lima atau tiga teratas, tetapi tidak menang.

“Bagi saya, ini kemenangan yang cukup membanggakan kerana setelah lama terlibat dalan bidang ini, saya diberi penghargaan.

“Kita pun nak kata apa kerana bukan kehendak dan tidak sangka. Kita hanya buat yang terbaik. Jadi, penghargaan tersebut mereka yang menilai,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mubarak berkata demikian ketika ditemui di Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Industri Seni Budaya 2022 yang berlangsung di Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (Motac), Putrajaya, hari ini.

Pada masa yang sama, filem terbitan Buffalo Orange Production itu juga berjaya memenangi tempat ketiga bagi kategori filem luar terbaik.

Mengulas lanjut, pelakon drama popular Cukup Derita Itu memaklumkan sebagai pelakon, dia hanya melakukan yang terbaik.

“Kita sebagai pelakon juga hanya melakukan yang terbaik dan termampu kerana lakonan ini bukan kita yang menilai, tetapi penonton.

“Untuk karya ini, apa karakter yang diberi kita cuba lakukan yang terbaik. Namun, kita cuma mengharapkan satu kejayaan yang besar. Alhamdulillah,” tuturnya lagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya