Kali pertama bila dapat Soraya, mummy sampai rasa nak berhenti kerja... -Ain Edruce - Utusan Malaysia

Kali pertama bila dapat Soraya, mummy sampai rasa nak berhenti kerja… -Ain Edruce

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara versatil, Ain Edruce, mengakui dia sukar untuk berenggang bersama puteri sulungnya, Soraya, yang kini berusia setahun.

Menurut Ain, dia mendedahkan pernah rasa ingin berhenti kerja kerana akui tidak boleh berjauhan ketika anak kesayangannya baru dilahirkan.

“Dear Soraya, setiap kali mummy pergi kerja, nikmatilah macam mana pun kerja, habis itu mesti terus ingat Sonaya (panggilan buat anaknya).

“Kali pertama dulu bila dapat Soraya, mummy sampai rasa nak berhenti kerja kerana tidak boleh nak jauh.

“Tetapi mummy tahu, mummy kena mencari wang untuk Soraya, masa depan Soraya. Jadi, kalau Sonaya merajuk dengan mummy besar nanti, tonton video ini okay,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut meminta mereka yang bergelar ibu agar rajinkan untuk merakam setiap detik bersama si kecil supaya dapat menonton selalu selain sebagai kenangan.

Sekadar informasi, Ain mendirikan rumah tangga bersama pasangannya yang juga ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa, pada 13 Disember 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Soraya pada 19 Mei 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya