Jelapang padi seluas 200,000 hektar dibuka di Sabah, Sarawak - Utusan Malaysia

Jelapang padi seluas 200,000 hektar dibuka di Sabah, Sarawak

RONALD Kiandee (dua kiri) menyempurnakan simbolik majlis pecah tanah Kompleks IADA di Kota Belud hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BELUD: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyasarkan membuka kawasan jelapang padi baharu seluas 200,000 hektar di Sabah dan Sarawak bagi memastikan tahap sara diri (SSL) beras negara mampu dicapai.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, pembukaan jelapang padi baharu itu akan membolehkan kedua-dua negeri itu mengeluarkan hasil padi sebanyak 1.2 juta tan metrik setahun.

Beliau berkata, pada masa ini, SSL bagi pengeluaran beras Sabah hanya mencapai 24 peratus dan melalui Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) yang dilancarkan hari ini, pengeluaran hasil padi di Sabah dijangka akan meningkat kepada 60 peratus menjelang tahun 2025.

Melalui Smart SBB, kawasan sawah terbiar seluas 45 hektar di daerah ini akan dibangunkan dengan penglibatan 40 orang pesawat tempatan. Ia dijangka mampu mengeluarkan sebanyak tujuh hingga lapan tan metrik beras setahun.

Program ini dijangka akan meningkatkan pendapatan pesawah melalui kerjasama strategik awam-swasta bersama Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

Ronald berkata, program Smart SBB yang dirangka khusus sebagai hala tuju baharu subsektor padi dan beras negara untuk meningkatkan produktiviti dalam mencapai SSL beras 75 peratus pada tahun 2025.

“Ketika ini, kita hanya mampu mengeluarkan SSL beras pada tahap 70 peratus sepanjang tempoh negara ini berkecimpung dalam industri padi beras.

“Antara faktor yang kita kenal pasti adalah pengurusan tanah yang tidak cekap. Itu antara sebab kita melibatkan pihak swasta agar tanah sawah ini boleh diurus dengan lebih efisien bagi mendapatkan pengeluaran hasil yang tinggi.

“Projek perintis yang dilaksananakan di Selangor telah terbukti mampu meningkatkan pengeluaran hasil padi kepada 10 hingga 12 tan metrik bagi setiap hektar, iaitu peningkatan tiga kali ganda,” katanya dalam sidang akhar sempena pelancaran Smart SBB di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) hari ini.

Menurut beliau, kerjasama strategik antara MAFI dan syarikat-syarikat peneraju akan menjadi titik permulaan kepada perubahan landskap industri padi dan beras tempatan.

Di samping itu, kerajaan Persekutuan juga telah memperuntukkan sebanyak RM68.97 juta kepada Sabah pada tahun ini menerusi tiga program subsidi input dan satu program subsidi output bagi meningkatkan hasil padi beras di negeri ini. Ia dijangka memanfaatkan seramai 45,016 orang pesawah termasuk pesawah padi bukit.

Mengulas lanjut katanya, kerajaan juga komited memperkasa peranan IADA dan membantu pembangunan subsektor padi di daerah ini dengan memperuntukkan sejumlah RM36 juta untuk pembinaan Kompleks IADA dan ia dijangka akan siap dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Kompleks ini akan menjadi pusat latihan kepada pesawah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pembangunan industri padi, bengkel jentera pertanian, makmal analisis pertanian dan lain-lain. 

MAFI dengan kerjasama kerajaan negeri Sabah sentiasa berusaha untuk membawa pelbagai pembangunan dan kemajuan kepada industri padi dan beras Sabah, sekali gus membantu pesawah meningkatkan hasil dan pendapatan bagi memastikan bekalan sekuriti makanan mencukupi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.