TEMERLOH: Keluarga kemalangan maut yang mengorbankan empat orang di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di sini, mempertimbang tindakan undang-undang terhadap pihak berkaitan selain mendesak siasatan menyeluruh dilakukan bagi memastikan keadilan kepada mangsa. Abang kepada Allahyarham Rozita Buang, Jamlus, 69, berkata, keluarganya mahu tindakan tegas diambil terhadap pemandu treler yang terlibat dalam tragedi itu. Katanya, kejadian tersebut bukan sahaja meragut nyawa malah meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh keluarga. “Keluarga kini sedang mendapatkan nasihat…










