Jangan abai veteran ATM, tegas Anwar

Jangan abai veteran ATM, tegas Anwar

PERHIMPUNAN aman veteran ATM di  Tugu Negara hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan supaya tidak mengabaikan suara dan nasib para veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang banyak berjasa kepada tanah air.

Anwar berkata, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein perlu mengambil tindakan segera terhadap keluhan dan nasib dihadapi bekas perajurit negara itu.

“Ternyata mereka ini tiada pilihan lain untuk menegakkan hak dan beberapa perkara lain selepas gagal mendapat tumpuan Kementerian Pertahanan. 

“Isu ini juga sudah beberapa kali saya dan rakan-rakan Pakatan Harapan bawa di Parlimen dan hari ini sekali lagi saya mendesak Menteri Pertahanan untuk segera ambil tindakan terkait perkara ini. Usah abaikan suara golongan Veteran ATM yang telah banyak berjasa kepada negara kita,” katanya dalam kenyataan terhadap perhimpunan aman dianjurkan para veteran itu di Tugu Negara, Kuala Lumpur hari ini.

ANWAR IBRAHIM

Utusan Online hari ini melaporkan anggota veteran ATM mengadakan perhimpunan secara aman selepas lapan tahun mereka cuba menegakkan hak veteran mengikut saluran betul. 

Dalam perhimpunan secara aman itu, kira-kira 500 veteran hadir, malah terdapat juga orang awam turut serta bagi bersolidariti bersama bekas-bekas perajurit negara. 

Mereka mengemukakan tiga tuntutan utama iaitu penyelerasan pencen, pemberian pencen kepada veteran yang tidak menerima pencen dan buka ruang untuk beri pengampunan kepada veteran ATM supaya mereka dapat menerima pencen serta diiktiraf sebagai veteran. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN