Hina nabi: MAIM desak India mohon maaf kepada umat Islam

Hina nabi: MAIM desak India mohon maaf kepada umat Islam

MUHAMMAD Najhan Shahir Halim (tengah) menunjukkan memorandum bantahan terhadap kerajaan India dan parti BJP di Wisma HRIH Lotus Setapak, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) mendesak Kerajaan India khasnya Parti BJP mengenakan tindakan tegas terhadap kedua-dua pemimpinnya yang menghina Rasulullah SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah menerusi debat minggu lalu.

Pengerusi MAIM, Muhammad Najhan Shahir Halim berkata, penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW adalah perbuatan yang bercanggah dengan nilai-nilai hak asasi beragama.

“Mengamal ajaran masing-masing yang dijamin hak asasi manusia, penghinaan itu juga satu provokasi jahat yang mampu menggugat keharmonian sejagat dan ketidakstabilan masyarakat.

“Kami mendesak kerajaan India khasnya parti BJP mengenakan tindakan tegas terhadap kedua-dua pemimpin BJP berkenaan sama ada melucutkan jawatan dalam parti mahupun kerajaan sekiranya ada,” katanya sebelum menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan India di  Wisma HRIH Lotus di sini, hari ini.

Penyerahan memorandum turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan pemimpin Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela).

Semasa penyerahan, memorandum hanya diletakkan di atas kerusi ruangan menunggu bangunan itu  kerana dihalang penyerahan secara bersemuka.

Terdahulu, BJP yang kembali mentadbir India mencetuskan kontroversi selepas dua jurucakap parti berkenaan mengeluarkan kenyataan berbentuk penghinaan.

Jurucakap Kebangsaan BJP, Nupur Sharma digantung daripada keahlian utama Ahad lalu, selepas komentar yang dibuat semasa debat di televisyen.

Sharma dilaporkan menghina junjungan besar baginda dan isteri Rasulullah SAW menerusi debat minggu lalu.

Muhammad Najhan berkata, Kerajaan India dan parti BJP perlu memohon maaf kepada seluruh umat Islam di serata dunia khasnya di India atas penghinaan itu dan berjanji tidak mengulanginya.

“Kami menyokong usaha dan tindakan tegas Kerajaan Malaysia yang memanggil Kedutaan India serta menyatakan bantahan rasmi terhadap Kerajaan India,” katanya.

Sementara itu. Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Kamaruzaman Mohamad berkata, solidariti yang dilakukan hari ini diteruskan dengan berkumpul di hadapan kedutaan India selepas solat Jumaat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya