Harga ayam: Kerajaan dengar pendapat rakyat, bukan `U-turn' - Utusan Malaysia

Harga ayam: Kerajaan dengar pendapat rakyat, bukan `U-turn’

Ismail Sabri Yaakob ketika menyertai program walkabout Perdana Menteri di Karnival Jom Heboh di Putrajaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan keputusan kerajaan tidak  mengapungkan harga ayam di pasaran negara bukanlah satu tindakan ‘U-turn’ sebalinya memenuhi kehendak rakyat. 

Perdana Menteri berkata, keputusan yang diumumkan adalah bagi memenuhi hasrat rakyat kerana ia mampu memberi kebaikan kepada semua. 

“Apa yang kita buat adalah untuk kebaikan rakyat. Ini bukan ‘u-turn’ , Kita tidak kata ‘u-turn’. 

“Kita kata waktu itu tiada (harga siling) jadi pengapungan harga ayam tetapi setelah mendengar pandangan rakyat iaitu Keluarga Malaysia kita ikut,” katanya ketika program walkabout Perdana Menteri di Karnival Jom Heboh di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata demikian selepas diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa pengumuman kerajaan menarik semula  keputusan pengapungan harga ayam di pasaran sebagai tindakan ‘U-turn’. 

Semalam, Ismail Sabri mengumumkan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan dan harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat

“Harga siling baharu akan diumumkan doleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee,” katanya. 

Ismail Sabri berkata, kerajaan masa kini adalah kerajaan yang mendengar pandangan rakyat. 

“Maka keputusan kerajaan melibatkan harga ayam semalam adalah mendengar pandangan rakyat dan kita buat keputusan itu,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya