Gincu untuk cantik, bukan sakit - Utusan Malaysia

Gincu untuk cantik, bukan sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gincu jadi keutamaan setiap kali bersolek bagi menambah seri wajah. Namun, olesan gincu boleh juga menjejaskan kesihatan kerana ada kandungan dalamnya tidak selamat untuk bibir. Bibir kering, mengelupas dan berdarah antara masalah biasa dihadapi wanita bila memakai gincu. Sesetengahnya pula tinggi kandungan toksik sehingga menyebabkan risiko kesihatan lebih serius seperti kanser, gangguan saraf malah menjejaskan kesuburan.

Selain warna sesuai dengan kulit, pastikan gincu dipakai, bebas bahan kimia. Berikut antara bahan mengancam kesihatan ada dalam gincu.

1. Phthalates
Bahan ini boleh mengganggu sistem endokrin yang menghasilkan hormon. Pendedahan berlebihan kepada phthalates boleh merosakkan sistem saraf dan pembiakan.

2. Plumbum
Banyak jenama gincu popular mengandungi plumbum walaupun kesan toksiknya diketahui umum. Plumbum melalui gincu boleh membawa kepada masalah kesihatan yang teruk seperti kanser dan kerosakan pada sistem pembiakan.

3. Bahan semulajadi
Pilih gincu mengandungi campuran mentega shea, minyak jojoba, minyak argan dan minyak kastor kerana ia boleh melembapkan bibir tanpa bahan toksik. Perhatikan juga produk berpigmen menggunakan formulasi vegan.

4. Paraben:
Pengawet berbahaya seperti paraben dan BHA atau BHT mudah menembusi kulit dan ia dikaitkan dengan kanser payudara dan gangguan endokrin.

5. gincu gelap
Kebanyakan gincu berwarna gelap mengandungi logam berat. Jadi, pilihlah gincu berwarna lebih terang. Sekiranya mahu warna gelap, pilih gincu berasaskan herba.
Asas kecantikan adalah tubuh yang sihat. Jadi, sebagai pengguna, anda berhak memilih yang terbaik untuk diri anda. Pilihlah gincu bebas bahan kimia dan tanpa toksik serta pengawet lebih selamat menggunakan bahan semulajadi seperti ekstrak rosemary, ekstrak elderberry, minyak neem, tokoferol tulen (vitamin E) dan ester jojoba.
Bahan perasa dan aroma yang mudah, seperti ekstrak buah planifolia vanila. Selain berbau harum, ia bersifat antioksidan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya