Gempar mayat lelaki ditemukan dalam longkang - Utusan Malaysia

Gempar mayat lelaki ditemukan dalam longkang

PASUKAN bomba mengangkat mayat seorang lelaki ditemukan di dalam longkang besar dekat Jalan Papan, Pandamaran di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Suasana di Jalan Papan, Pandamaran di sini, gempar apabila mayat seorang lelaki ditemukan di dalam longkang besar kawasan itu, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu dipercayai disedari orang awam yang ternampak mayat tertiarap di longkang tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, sepasukan enam anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang digerakkan ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.16 pagi untuk membantu polis.

“Pemeriksaan mendapati mayat lelaki yang hanya berseluar itu masih berada di longkang besar berkenaan. Anggota kita kemudian mengangkat mangsa dengan menggunakan alat pengusung dan tangga,” katanya.

Tambah Hafisham, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dipercayai berusia 44 tahun.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi berkenaan berjalan lancar dan ditamatkan sepenuhnya pukul 9.18 pagi,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN